Friday, September 18, 2009

DiaRy BuaT aBaH

..penat....

arini macam biasa.. x banyak yang aku buat.. cume petang tadi sambung mancing n sekejap tadi pegi beli selua raya.. yeay!!! hahaha.. tapi........

masih bosan.. haish.. erm.. so?? any idea??

burung apa??

burung murai......

burung apa??

burung murai......

burung apa??

diam.....
...............................
..........................
....................
............
burung murai.... seolah berbisik....

dan tak perlu ditanya lagi soalan yang sama.. korang tak mungkin mendapatkan jawapannya dan cuma akan menyebabkan suasana sekeliling korang hening.. dan itulah abah aku.. secara realitinya.. mungkin dia tak se'best' iklan di tv.. tapi percayalah.. dia adalah abah yang terbaik yang aku pernah ada.. (ada abah lain ke??) hahaha! bukan bukan.. maksud aku tak mungkin ada abah lain yang sebaik dia dalam dunia ni.. korang tak puas hati?? korang harus!! sebab tak kira apa korang panggil (ayah, dady, papa, papi...) abah korang dia adalah antara orang yang bertanggungjawab membawa korang ke dunia ini.. dan kalau korang berpuas hati.. ada sesuatu yang tak kena dengan otak korang.. be 'proud' of your dad!!

haaa..??? oke2.. cakap2.. dia seorang yang tak bertanggung jawab?? useless?? tak guna?? F**kUP?? oh ok ok.. korang ada hak menyuarakan pendapat korang tentang abah korang.. bukan abah aku.. tapi pendapat peribadi aku.. walau apa pun dorang.. korang tak mungkin bole tukar abah korang (abah angkat tak termasuk).. ~.~ dan see~ korang dah pun besar dan boleh mengeluarkan caci nista untuk abah korang.. tahniah.. tapi.. siapa sangka korang bole hidup sampai sebesar ini? siapa sangka korang bole mengeluar idea2 nista tentang abah korang?? bayangkan dimana korang sekarang tanpa 'benih' abah korang.. tak kira siapa pun dia.. korang belum tentu akan wujud kat dunia ni!! takpelah?? tapi korang enjoy life toO much.. jadi apa yang korang cuba buktikan nih?? tak puas hati lagi?? jadi berhenti menjadi seperti abah korang (kalau korang rasa dia tak cukup bagus untuk jadi abah korang) dan pilihlah untuk menjadi seseorang yang lebih baik.. pilihan hidup korang di tangan korang sendiri.. dan untuk mereka yang memiliki abah yang baik (kepada siapa yang percaya abah korang adalah yang terbaik).. tahniah!! korang telahpun dianugerahi nikmat tuhan yang tak terhingga.. berbaktilah dan bermanjalah dengan abah korang tu selagi dia masih hidup.. =)

abah kau tu bagus sangat ke?? tak tak.. abah aku taklah sebagus mana.. ikhlas.. tapi dia masih lagi abah aku yang terbaik berbanding abah korang.. expect too much from ur dad.. dan korang akan sakit.. teramat sakit.. <- aku bercakap melalui pengalaman.. dan mungkin korang akan benci abah korang sebab x jadi seperti yang korang expectkan.. macam mana aku boleh?? sebab aku akhirnya dapat menerima hakikat dan percaya dia masih lagi seorang manusia.. seorang manusia takkan pernah lepas melakukan kesilapan.. sebab aku percaya takde manusia hidup dalam dunia ni yang berjaya tanpa melalui kegagalan (proses melalui kesilapan).. dan aku yakin dia pun berusaha sebaik yang boleh untuk jadi abah yang terbaik buat aku sekeluarga.. yeay!! =)

saya sayang abah saya!!


berbalik pada si burung murai.. mungkin abah korang akan buat exact macam apa yang ada dalam iklan tv tuh.. ala iklan yang budak cumel yang duduk kat tengkuk abah dia tanya.. burung apa?? ingat tak?? korang sangatla bernasib baik.. korang sepatutnya lebih menghargai abah korang.. tapi tak pada abah aku.. maknanya abah aku da tak best ke?? abah aku tak baik ke?? T__T hahaha!! tak tak.. macam aku cakap tadi.. abah aku lebih baik dari abah korang.. dia mengajar aku untuk mendengar secara teliti apa yang dia cuba nak sampaikan.. fokus! fokus! haha! dan dia mengajar aku untuk memenuhi perasaan ingin tahu aku sendiri kalau2 aku tak dapat tangkap apa yang dia sampaikan.. hasilnya?? aku menjadi seorang yang pandai!! ahahah -_-" oke oke.. sekurang-kurangnya aku pandai menghargai abah aku.. sekurangnya aku pandai melenting dan menyelamatkan maruah abah aku bila orang bercakap benda yang tak betol tentang dia.. dan ya! segalanya tentang dia! (maaf mak.. ini sinopsis iklan abah.. akan kutulis untukmu di ketika lainnya.. ini janjiku..) jadi kenalilah abah korang sedalamnya.. masih ada yang korang tak tau pasal dia.. seorang abah pasti banyak lagi rahsia hidup sebelum korang bole berfikir.. seorang abah pasti banyak lagi rahsia hidup sebelum korang bole mempertikaikan dia.. dan satu lagi!! seorang abah pasti akan sayangkan anak-anaknya dengan cara diorang sendiri!! percayalah.. (.")

sayalah permata.. anak kesayangan..
kebanggaan ayah dan ibu..

saya dibesarkan.. dengan kasih sayang..
hanya yang terbaik untukku..

menjadi harapan.. di masa hadapan..
sayalah anak yang cemerlang!!

weee!!! =D

bukan ke sejak kecik kita da dengar lagu ni di tv? (pada mereka yang selalu tengok tv macam aku masa kecik2 sebab malas nak belek buku) dan kita akan menyanyi untuk suka-suka tanpa mendalami maksudnya.. dan pikirlah ketika anda sudah mampu untuk berpikir ketika membaca blog ini.. kepada mereka yang kurang bernasib baik (yang katakan ayahnya tak best tadi!).. dalam lagu itu tadi sendiri korang pikirla.. korang menjadi harapan dimasa hadapan.. untuk mengubah tanggapan orang ramai pada abah korang.. untuk menjadikan kehidupan korang lebih baik.. dan untuk berbakti pada semua.. lakukanlah sesuatu yang abah korang dulu tak dapat lakukan.. dan aku yakin!! dia pasti akan berbangga dengan korang!! dan ingat!! ini adalah amanah dari abah!! jadi walaupun kepada mereka yang telah pun tak ber'abah'.. amanah mereka masih hidup bersama korang.. sampaila korang ikut jejak langkah dia.. (setiap yang hidup pasti akan mati..) dan itulah janji tuhanku.. Allah SWT.. semoga sedikit coretan aku yang korang baca ni akan buat korang lebih menghargai abah korang.. dan aku yakin.. abah2 diluar sana juga sedang cuba untuk jadi yang terbaik buat korang.. mungkin ada yang sedang menyesali kesilapan dorang.. buat dorang jadi bangga!! dan kalau korang mampu.. jadilah abah kepada abah korang tanpa lupa tanggungjawab sebagai seorang anak!! =) aku doakan korang berjaya.. amien~

...dengar cakap enggang...
..makan buah bolok..

...dengar cakap orang...
..terjun masuk lubuk
..


aku ketawa berdekah2 masa dengar abah aku membebel sambil memberikan pantun dua kerat ni.. tapi aku biseee.. makan dalam tuh.. adalah kesilapan kami (anak-anaknya) dan ia adalah rahsia! ahahah =P ikhlas aku rase macam nak cari pasal lagi sebab abah aku jarang nak bercakap apetah lagi membebel apetah lagi berpantun!! ahahaha.. tq abah.. telah kuabadikan pantunmu didalam blogku.. akhir kata.. korang belum terlambat untuk berubah.. percayalah.. abah akan sentiasa memberi kita peluang untuk mengubah diri kita walaupun dia tak ucapkan secara verbal.. ego seh abah! setuju tak?? hahaha! tak tak! abah aku da cakap da benda tu! dan aku menjadi semakin sayang padanya..

mal mintak maaf kalau ada buat salah silap kat abah!!.... :*

selamat hari raya.. maaf zahir dan batin..

satu ungkapan yang indah turun temurun untuk kita ikuti.. minta maaflah di pagi raya nanti atas salah sangka korang pada abah korang.. dia adalah orang yang berhak mendapat ucapan maaf dari anak-anaknya.. kepada korang yang masih ragu2 selepas membaca tulisan ini.. Tahniah!! korang sememangnya istiqomah!! alangkah indahnya kalau korang gunakan kedegilan itu untuk mempertahankan maruah abahmu.. insyaallah satu hari nanti.. doaku masih bersamamu~ teruskan ragu2 korang dan aku yakin satu hari nanti korang akan menjadi seperti abah korang!! yang seterusnya akan pula mengecewakan anak2 korang tentang perkara yang sama.. yang seterusnya akan turun kepada seluruh keturunan korang selagi tak ada yang sedar betapa diorang perlu menghentikan segala kecelakaan ini.. dan 1 persoalan untuk korang.. 'korang ni anak yang perfect sgt ke sampai expect abah korang to be perfect too??' kepada korang yang menyayangi abah korang! teruskan usaha baik tuh dan aku doakan korang akan jadi sebaik abah korang!! TAHNIAH!! =) akhir kata.. andai ada kata2 yang terguris tercalar hati perasaan korang.. aku susun sepuluh jari memohon ampun dan maaf dan aku sertakan doa aku untuk korang supaya korang sentiasa menjadi yang terbaik sebaik abah korang!!! amien.. =)

2 Comments:

HeLwaHassan said...

bace diz post yg gile pnjg ini membuatkan aku rase .. "kne motivasikah aku??!!" hahahaah nice bee!

KaY said...

ahahaha =D bukan2.. sekadar luahan hati geram masih ada orang yang x sayang abah dorang.. ;)