Thursday, September 17, 2009

SyAiR sEoRaNg PeRiNdU

Huwarrrgghh!!! bosan.. 'jeritku dalam hati'.. haish.. t.up abes.. rokok abes.. duit pon da nak abes.. T_T tah bile tah baru nak keje agaknya.. 'rungutku sendirian'.. masih lagi didalam hati.. "bah.. mal nak kua la jap g 7e".. erm.. jawab abahku pendek.. seolah telah mengetahui tujuan pemergianku.. aku mengambil keputusan drastik tanpa perlu berpikir panjang.. ada nafsu yang perlu kupenuhi.. aku semakin rindu kepulan2 asap yang sering kali seolah-olah melambaiku untuk bersama terawang-awangan setiap kali selepas berbuka.. aahhh.. memikirkan je pun aku da x sanggup.. aku bingkas bangun dan bersiap2.. sempat juga aku menghubungi si pari-pari menyatakan rasa rinduku dan sayangku.. jiwang.. peduli apa aku!!

"
fine cut hitam dunhill dengan t.up 10 kak".. aku order dengan muka semesra boleh.. 'awek baru nih'.. bisikku dalam hati.. "raya x cuti??" soalku cuba memancing sebelum sempat dia menjawab permintaanku sebentar tadi.. "ouh.. tak la bang.. cuti kitorang semua dah dibekukan sampai lepas raya".. jawabnya seakan sedih.. "ouh la kesian".. jawabku seolah mahu bersimpati.. hehe.. "tape-tape.. nanti pagi raya abang datang anta ketupat banyak2 eh?? rumah abang banyak ketupat pagi raya".. sambungku lagi sambil tergelak besar.. si penjaga kaunter itu turut tersenyum manja menambahkan lagi keinginan aku untuk terus bermesra secara verbal.. ding dong! spontan aku kembali ke alam nyata setelah terdengar bunyi bell kedai serbaneka yang dibuka 24 jam itu.. aku mula menyesal tak mengunci pintu selepas masuk tadi.. haish.. kacau daun minah nih.. 'hatiku mula berbisik' bila terpandang seorang lembu lagak minah saleh masuk dengan separa gedik nya.. menyampah! erm.. "bagi saya rokok pall mall hijau tu".. dia order separa menengking sambil mengibas rambut 'kuala' nya.. "thanks yeh".. kataku sambil terus keluar dari kedai serbaneka tu tak tahan melihat cara manusia yang beradab lembu.. memang aku dah sediakan jawapan sekiranya aku yang menjaga kaunter menggantikan si penjaga kaunter itu.. sekiranya lah.. kesian lembu x pasal2 dapat nama.. aku terus berlalu ke kereta yang ku parking agak jauh meninggalkan si penjaga kaunter dengan lembu itu.. nasib baik si pari-pari x beradab seperti itu.. 'otakku pula mula berceloteh'..

aku terus menuju ke kedai makan milik seorang sahabatku berdekatan dengan rumahku.. sebuah tempat aku selalu menghabiskan masa suatu masa dulu.. sebuah tempat aku selalu berbual dan bergelak ketawa sehingga pagi.. dan sebuah tempat aku selalu
memancing!! maksud aku memancing rezeki bukan bala'.. aku tak memerlukan masa yang lama untuk menghasut seorang lagi kawanku yang bekerja di kedai makan sama untuk sama2 menemani aku memancing.. heheh.. kaki hasut rupanya aku nih.. dan seketika itu juga perutku mula memancing untuk pergi berhajat.. haish.. 'keluhku dalam hati'.. "lias!! aku balik jap!! sakit perot!!" jeritku agak kuat tanpa mempedulikan nafsu makan org sekitar ku.. aku bergegas pulang.. aku menggunakan masa perjalanan pulangku untuk berbual mesra dengan si pari-pari.. rinduku padanya sangat ketara sehingga hampir 10 minit khayal didalam kereta melupakan niat asalku walaupun keretaku telah di parking didepan gate rumah..

dan aku semakin rindu.. ~_~

aku hampir menyirap dengan perutku sendiri sesiap aku meletakkan telefon.. ya.. betul.. tiada lagi permintaan mencarut darinya.. 'cipet' jeritku dalam hati..

aku berhasil juga mendapatkan 8 ekor tangkapan sepanjang aku mengail berbanding hari pertama aku menjejakkan kaki ke daerah kecil ini.. mungkin berkat bacaan
inna fatahna fathan mubeena.. serangkap doa pendek yang baru aku perolehi dari si pari-pari yang sememangnya mempunyai darah keturunan asia barat sebelum perutku mula menjerit2 lagi memaksa aku mengabulkan permintaannya.. aku mula geram.. diam.. "lias.. aku tinggal barang2 aku semua kat sini.. kau pakai la dulu besok aku amik.. ikan kau amikla".. aku mula bersuara selepas diam seketika.. "nak balik da??" lias mula bertanya.. ahhaa.. sakit perot.. jawabku ringkas.. chaoww!! aku terus pulang kerumah..

"minum air teh o' tak payah letak gula!" antara isi kandungan perbualan aku dengan si pari-pari ketika berbual sekali lagi dalam perjalanan pulang masih lagi terngiang-ngiang di telingaku.. 'tak menarik protess otakku'.. "kalau tak nak minum teh susu!" satu lagi pilihan mula menjelma.. aku terpaksa akur.. haish.. jari jemari mula gatal setiba di rumah menghantar pesanan buat si pari-pari.. dan aku semakin hanyut.. dan aku akhirnya tenggelam dalam kerinduanku terhadapnya..




miss u... SI PARI-PARI!!!

T____T


0 Comments: