Allah.. hu Akbar..
Allah.. hu Akbar..
Allah.. hu Akbar..
dalam hening subuh.. gemaan dan alunan 'takbir' dipagi raya sebelum berkumandangnya seruan yang memanggil kita untuk menghadap ilahi pada sejuk subuh memecah kesunyian.. menjagakan aku dari lenaku.. indah sungguh lenggok irama yang seluruh dunia laungkan ketika menyambut ketibaan 1 syawal.. subhanallah.. dah raya dah.. 'bisik hatiku'.. pagi untuk kita merayakan kejayaan kita setelah kita berjaya mengalahkan hawa nafsu sepanjang kita berpuasa selama sebulan.. juga pagi untuk jentera2 syaitan kembali bertugas dan beraya setelah sebulan terbelenggu.. aku terus bangun tanpa melihat hp ku.. berjaya tanpa sebarang masalah.. mungkin jentera2 syaitan itu masih belum panas enjinnya membuatkan aku lebih mudah untuk terus berdiri..
krruuukkkkk!! bunyi tulang ku merenggang.. ahhh.. keluar nafas lega selepas menggeliat.. aku terus menuju ke dapur.. "selamat hari raya mak.. maaf zahir batin.. mal mintak halal semua dosa, salah silap, makan minum selama ni mak".. spontan aku lafazkan ucapan maaf bila terlihat mak ku sedang sibuk di dapur menguruskan tugas2 seorang emak yang aku kira tidak ada akhirnya.. mak ku memandang ku.. "mak pun sama mal".. "mak mintak maaf jugak kalau ada salah silap".. dia berkata sambil matanya berkaca.. hatiku tersentuh.. aku segera bersalam mencium tangannya dan kedua-dua pp emakku.. aahhh.. syahdunya.. indahnya hidup masih beribu dan berbapa.. syukur padamu tuhan yang memberikan nikmat yang tak terhingga ini.. 'aku berbisik di dalam hati'..
aku segera duduk di meja makan melayan 'mamai'ku.. "baju mal belum gosok mak".. aku bercakap antara dengar tak dengar.. "dah.. pegi siap2 nak semayang subuh dulu.. nanti mak suruh najwa gosokkan".. mak ku menjawab.. padan muka adik aku.. =P 'bisikku dalam hati'.. aku segera mencapai 'towel'ku yang memang ku sidai di kusi dapur malam tadi dan terus bersiap2 untuk menyahut seruan Ilahi.. setelah aku bersiap2 dan telah menunaikan kewajipanku aku keluar menonong.. seperti lazim di pagi hari raya aku akan lebih terlatih bermenung di meja makan dari meringankan tangan menolong mak ku.. hehe.. aku terus menjamah juadah yang telah dihidangkan mak ku sebelum menyarung 'baju melayu'ku untuk menunaikan solat sunat hari raya bersama mereka2 yang juga menyambut kehadiran syawal ini..
meriah.. berwarna warni.. gembira.. itulah antara kata yang dapat kutulis mengikut pandanganku ketika berada di masjid.. aku terus menuju ke kubur arwah nenekku dan datukku sebelah emak dan abahku setelah selesai bersolat sunat aidilfitri.. membersihkan serba sedikit rumput2 liar yang baru nak belajar menjalar.. tak lupa aku dan adikku yang bongsu menyedekahkan pahala fatihah dan bacaan yasin buat mereka yang telah pun meninggalkan kami semua.. dan aku sebak tiba2.. aku dapat merasakan adanya perasaan yang hadir ketika ini.. betapa aku akan sangat bersyukur sekiranya dapat meraikan hari yang bahagia ini bersama orang yang tersayang dan dirindui.. mish u pari-pariku.. T____T
dan kini.. aku merintih sendiri..
3 Comments:
hey! slamat hari raya!
slamat ari raya!
totin : selamat hari raya jugak!!!
nieja : selamat hari raya!! kalau turun pontian nanti singgah umah kay oke??
Post a Comment